KENALI RASULULLAH SAW > CINTAI RASULULLAH SAW.
Assalamu'alaikumwaRahmatullahiwaBarakatuh
dan Salam Ukhuuwah.
Tidak kenal, maka tidak cinta:
Begitu kata orang tua-tua ( cerdikpandai}. Untuk mencintai sesuatu atau seseorang, kita seharusnya mengenalinya. Kalau tidak kenal, “cinta” yang terlahir merupakan cinta mainan, atau cinta paksaan , atau cinta lakunan.
“Awwaluddin ma’rifatullah” :
Awal-awal dalam beragama adalah mengenal Allah. Jika Allah( Khaliq) yang menjadikan agama atau cara hidup (Addin) untuk (Makhluq) hamba ciptaanNya tidak dikenali, bagaimana mungkin makhluq itu mencintai Nya. Allah melantik di kalangan makhluqnya Rasul untuk memperkenalkan Dirinya kepada mereka dan mengatur tata-cara hidup yang di RedhoiNya (Islam, Iman, Ihsan). Disamping mengenali Allah, setiap manusia Muslim wajib mengenali RasulNya untuk mencintainya. Apabila Allah dan Rasul Allah dicintai ummat, maka akan terlahirlah pengorbanan – Innassolati, wanusuki, wamahyaya wamamati lillahi Rabil’alamin—hidup dan mati kerana Allah dan RasulNya. Bagi merealisasikan semua ini, ma’rifat Allah dan Rasul Allah merupakan syarat pertama dan utama.
Laman ini bertujuan untuk menanam di sanubari rasa cinta-kasih terhadap seorang insan pilihan itu ,yang telah tidak mengenali penat-lelah untuk menyelamatkan ummatnya - mengeluarkan mereka dari kegelapan jahiliah ke cahaya keimanan.
Sehingga ke akhir hayatnya, baginda masih sangat pedulikan ummatnya. Dan menjadi kewajipan setiap kita sebagai ummat yang dikasihinya, mengasihinya dan mencintainya dengan sepenuh hati.
Dengan ini pihak admin mengharapkan agar sahabat-sahabat selalu menjenguk ke laman ini sambil menyumbangkan apa-apa sahaja - pandangan, Firman Allah SWT, Sabda Rasulullah saw dan apa-apa selainnya, yang ada hubung-kait dengan akhlak, nasab dan keturunan, kekeluargaan, sahabat, da'wah dan perjuangan baginda Rasulullah saw.
Posting-posting yang berbaur politik, sendaan dan debat maupun perbalahan.yang melampau dan yang tidak ada sangkut-paut dengan matlamat atau tujuan harus dihindarkan. Kalau perlu berdebat juga, berdebatlah dengan hikmah dan ihsan. Perbalahan harus dielakkan langsung.
Allah SWT mengajar kita bagaimana hendak berbeza pendapat:
(Surah An-Nahl : 125)
Mafhum: “Serulah (manusia ) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik………..”
Nasihat sahabat-sahabat bagi memantapkannya lagi laman ini amat diharapkan dan dihargai.
Mari sama-sama kita menyantuni Firman Allah SWT:
“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan, dan jangan pula engkau bertolong-tolong dalam perkara mungkar” (Al-Maidah: 2)
Semoga usaha yang kecil dan sedikit ini diterima baik oleh semua dan Diberkati Allah SWT. Amin .
Wabillahitaufik walhidayah,
Wassalamu’alaikum waRahmatullah waBarakatuh.
Admin.

Comments
Post a Comment