Posts

jangan biarkan diri kamu di buai perasaan

Image
kita ni tak pernah single kerana Allah sentiasa dengan kita

Wanita MAHALKAN 'MARUAH' mu :')

Image
Ya Allah. Penuhkan hati ini dengan cahaya cinta-Mu.  Hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasih-Mu. Hingga tiada lagi nama terukir di bibirku. Hingga tiada lagi rasa itu di hatiku.  Bukan menidakkan perasaan ini. Bukan menentang fitrah insani.  Tapi, aku tidak mahu menjebak diri. ... Kerana bila cinta makhluk menguasai diri,  cinta pada Pencipta kan memudar menyepi. Menjauhkan aku dari redha Ilahi. Tiadalah tenang malah meresahkan hati. || Tidak kiralah HODOH atau CANTIK seseorang perempuan itu ^^, Jika namanya aurat, harus ditutup   || wanita yg menutup aurat itu , memang BELUM tentu dijamin syurga buatnya , tetapi sekurangnya , dia BERUSAHA untuk menjadi ahli syurga :') itu kan LEBIH BAIK -MAWAR AGAMA-

Sedarkah wahai wanita

Image
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjdai mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dala...

Jangan bersedih.. Allah sentiasa bersama kita...

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Jangan sedih bila seseorang menyakiti kamu. Sebenarnya kita kena tanya diri kita apa keburukan yang akan terjadi selepas ini. Bermaksud persiapkan diri kita untuk menerima dan menghadapi segala dugaan. Kemudian hadapilah dengan tenang untuk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik.    (Iaitu) orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan:      " Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada      mereka ," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi    penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ." (Ali-'Imran:73)            RENUNGAN:       Firman Allah swt di dalam surah At-Talaq,ayat 3.         ( .....dan, barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ...

KENALI RASULULLAH SAW > CINTAI RASULULLAH SAW.

Assalamu'alaikumwaRahmatullahiwaBarakatuh  dan Salam Ukhuuwah. Tidak kenal, maka tidak cinta:  Begitu kata orang tua-tua ( cerdikpandai}. Untuk mencintai sesuatu atau seseorang, kita seharusnya mengenalinya. Kalau tidak kenal, “cinta” yang terlahir merupakan cinta mainan, atau cinta paksaan , atau cinta lakunan. “Awwaluddin ma’rifatullah” : Awal-awal dalam beragama adalah mengenal Allah. Jika Allah( Khaliq) yang menjadikan agama atau cara hidup (Addin) untuk (Makhluq) hamba ciptaanNya tidak dikenali, bagaimana mungkin makhluq itu mencintai Nya. Allah melantik di kalangan makhluqnya Rasul untuk memperkenalkan Dirinya kepada mereka dan mengatur tata-cara hidup yang di RedhoiNya (Islam, Iman, Ihsan). Disamping mengenali Allah, setiap manusia Muslim wajib mengenali RasulNya untuk mencintainya. Apabila Allah dan Rasul Allah dicintai ummat, maka akan terlahirlah pengorbanan – Innassolati, wanusuki, wamahyaya wamamati lillahi Rabil’alamin—hidup dan mati kerana Allah dan RasulNya...

Aku Bukan Musuh Harta

Mereka kata :  Mengapa kita tidak kaya raya?  Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..  Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?  Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta  Bukan kita tidak tahu  Jalan, denai dan liku  Agar harta ditemu dan disapu  Tapi semuanya cara palsu dan tipu..  Bukan kita tidak mahu,  Tapi kita tidak mampu,  Takut dan terkedu  Mengenangkan Yang Maha Satu  Yang Tiada BagiNya sekutu  Ya, telah kaya para pengkhianat,  Dengan harta yang sarat,  Tapi mereka lupa akhirat,  Balasan yang berat,  Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat  Ya, telah kaya para pendusta,  Syarat mereka : lupakan Yang Esa,  Harta rakyat, semua disebat  Harta awam, semua dibekam  Hukum syaitan, mereka bertuhan  Kita pun ingin kaya,  Ada harta, ada kereta yang istimewa,  Ada rumah mewah yang melimpah,  Ada hidangan yang bukan sebarang...

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Image
Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim) -melabuhkan tudung hingga menutupi dada -mestilah pakaian itu tidak ketat  -tidak menampakkan bentuk tubuh. -Menutupi seluruh tubuh badan. -Tebal dan tidak nipis (jarang). -Longgar dan tidak ketat. -Tidak diberi parfum atau minyak wangi yang kuat atau menyengat baunya. -Tidak menyerupai pakaian laki-laki. -Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita non Muslim (wanita kafir). Pakaian yang dipakai adalah untuk tujuan ibadah kepada Allah Swt, b...